DESA KECIL DENGAN "HARTA KARUN" YANG MAMPU MEMBUAT PENDUDUKNYA KAYA RAYA.

DESA KECIL DENGAN HARTA KARUN YANG MAMPU MEMBUAT PENDUDUKNYA KAYA RAYA Terletak di sebelah Sungai Yangtze, Kota Lo Chau, Sichuan, China, terdapat sebuah kampung bernama Ha Gia Ba (Hejiaba) yang terkenal dengan sumber semula jadi yang sangat istimewa: BatuKampung tersebut  menjadi salah satu pembekal utama batu hiasan yang mampu menghasilkan pendapatan jutaan dolar setiap tahun.



Kampung Hejiaba terletak betul-betul di sebelah sungai paling besar di China dan dikelilingi oleh gunung ganang yang menghijau hijau yang diliputi hutan. Setiap tahun, kampung ini dikunjungi oleh pelancong yang mencari batu sungai hiasan dengan corak yang cantik dan unik.

Dari Februari hingga April, Sungai Yangtze memasuki musim kemarau. Hasilnya, ratusan penduduk sekitar akan menyusur tebing sungai untuk mencari batu yang cantik. Terdapat lebih dari 3,000 hektar kawasan sungai kerikil yang terbentang sejauh hampir 10 kilometer.

Berbeza dengan batu lain pada umumnya, batu sungai Yangtze mempunyai corak yang menarik dan jarang ditemui. Sebahagiannya menggambarkan pareidolla, sementara ada juga yang mempunyai corak geometri.



Walaupun terdapat begitu banyak batu yang cantik, mencari batu yang paling berharga bukanlah sesuatu yang mudah. Selain itu, tidak semua batu di sungai sesuai dijual. Oleh  sebab itu seorang penilai ditugaskan untuk menilai dan menapis batu  mana yang memiliki nilai jualan yang tinggi.

Pencari batu biasanya terdiri dari lelaki berusia 30 tahun atau lebih yang telah lama mengumpul dan menjual batu sungai sehingga mereka sendiri tahu batu jenis apa yang sedang trend di pasaran. Mereka memilih batu terbaik yang sudah dikumpulkan penduduk setempat, membersihkannya, dan meletakkannya di rak kayu khas untuk dijual.

Menurut cerita orang lama di kampung itu, penduduk di kampung Hejiaba sangat mahir dalam memilih dan mengenal pasti batu di sungai mereka sejak beberapa dekad yang lalu, malah ada antara mereka menjadikan batu-batu tersebut sebagai hiasan dirumah masing-masing.



Perniagaan menjual batu hiasan mulai berkembang ketika ada pasangan dari Kota Niutan membawa pulang dan menjual batu yang diambil dengan harga yang sangat murah. Sejak itulah penjualan batu hiasan berkembang dengan pesat.

Kebanyakan batu sungai Hejiaba yang paling mahal dijual dengan harga ribuan hingga puluhan ribu yuan. Baru-baru ini, batu bernama "Difficult Shu Road" dikhabarkan telah terjual dengan harga 100 ribu yuan (Lebih RM600000 ) . Kini perniagaan menjual batu menjadi mata pencarian kebanyakan penduduk setempat .

Post a Comment

0 Comments