5 KELEBIHAN MEMBUAT PESANAN BARANGAN RUNCIT DALAM TALIAN

 5 Kelebihan Membuat Pesanan Barangan Runcit Dalam Talian


Dunia semakin maju dan hari-hari kita menjalani kehidupan dengan gadget dan digital! Dan satu perkara yang telah kita pelajari sepanjang evolusi ini adalah apa sahaja yang kita mahukan atau perlukan, dapat diperoleh hanya dengan beberapa klik pada peranti pintar yang kita sayangi. Ini termasuklah pakaian, makanan, minuman, peralatan rumah, barangan runcit dan banyak lagi. 


Peningkatan gaya hidup begini turut dijadikan peluang untuk ramai pengusaha perniagaan untuk majukan lagi bisnes dan servis mereka. Salah satunya Foodpanda di mana dari perniagaan penghantaran makanan telah berkembang kepada servis grocery delivery juga. 



Dengan menggunakan teknologi yang ada, bukan sahaja telah memudahkan kehidupan pelanggan, tetapi juga dapat memastikan perniagaan dapat mampu bersaing dengan sihat antara satu sama lain. 



5 Kelebihan Membuat Pesanan Barangan Runcit Dalam Talian


1. Memudahkan proses membuat pesanan


Secara tradisinya, pelanggan terpaksa memandu sendiri ke mana-mana pasaraya berhampiran bagi mendapatkan stok keperluan barangan harian. Tapi, dengan adanya servis penghantaran barangan runcit begini, semua barang boleh di pesan hanya dengan menggunakan aplikasi. 



2. Pengurusan pesanan pelanggan yang cekap


Sistem pesanan dalam talian dapat membantu meningkatkan hubungan antara pelanggan dan peniaga. Aplikasi yang digunakan ada menyediakan papan pemuka jualan yang lengkap dengan maklumat mengenai pesanan baru / aktif / dibatalkan, perincian penjualan seumur hidup, dan lain-lain. 


3. Pantau perbelanjaan anda yang dibuat dalam masa nyata



Sangat membantu pelanggan untuk melihat purata jumlah belian yang sering dilakukan. Ini adalah faedah terbesar dari sistem pesanan dalam talian. Pelanggan dapat mengetahui kos yang dikeluarkan semasa membuat pesanan dan menggunakannya sebagai maklumat tentang duit keluar dan masuk sepanjang berbelanja barangan runcit untuk keperluan di rumah.


Dengan mudah boleh tahu sama ada sedang melakukan pembaziran dengan tahap boros ataupun telah berbelanja dengan cara yang berhemah. 



4. Segalanya di bawah satu bumbung


Berbelanja secara atas talian untuk sesuatu barangan akan menghadkan jenis barangan yang ada. Sedangkan berbelanja hanya dengan satu aplikasi seperti Pandamart, segalanya diletakkan di bawah satu bumbung. 


Bila cashout nanti, barangan yang pelbagai jenis akan dihantar serentak. Persis seperti membeli di pasaraya sama seperti dulu. Bezanya kini tak perlu bersusah payah menjejakkan kaki keluar dari rumah dan tak payah juga susah payah sendiri untuk urusan pandu kereta pergi balik pasaraya, angkut semua barangan runcit dan sebagainya. 


5. Tugasan beli barangan runcit kini lebih seronok



Sangat mudah! Itulah kata-kata yang patut digunakan untuk mengambarkan betapa bagusnya aplikasi sebegini. Tanpa perlu bergegas ke pasaraya untuk beli barangan runcit selepas habis waktu pejabat, tanpa perlu juga buang masa dan tenaga, semuanya akan selesai dengan sekelip mata. 


Nak lebih mudah, buat pesanan penghantaran barangan runcit sehari sebelum, kemudian tetapkan masa penghantaran dalam anggaran waktu sudah tiba ke rumah dari tempat kerja. Terasa bagaikan ada pembantu peribadi khas yang dapat diharap untuk selesaikan tugasan ini. 


Covid, walaupun sudah lama tetapi penularannya masih boleh terus berlaku. Setiap hari, jika kita alpa boleh mengundang bahaya. Akibat covid ini juga, orang ramai sudah mula menghadkan pergerakan. 


Tapi dengan adanya aplikasi seperti Pandamat sebagai laman web pesanan dalam talian ini, ramai orang boleh tersenyum dengan lebih lega. 


Catat Ulasan

0 Ulasan