RESEPI KARIPAP SARDIN YANG MUDAH DAN SEDAP

 RESEPI KARIPAP SARDIN YANG MUDAH DAN SEDAP Assalamualaikum....




Saya buat karipap sardin  telur yang sedap dan mudah ni 
sebab Mikhail memang suka karipap.
kalau buat kena buat dalam 10 biji baru puas makan..10 biji dah cukup banyak la untuk
keluarga kecil saya nih..hehehe.masak banyak mana nak makan je.
tak habis nanti membazir pulak...

Karipap sardin saya ni mudah je..
bahan2 pun tak susah nak cari 


Bahan-bahan:

Bawang besar,}
bawang putih } 
halia}
1 tin kecil  sardin 
1 biji telur.
1 tangkai daun sup

Cara2 nya:
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
sebab budak2 yang nak makan.
nanti tergigit halia la, bawang putih la terus tak nak makan.

Kemudian tumis la bahan kisar tu.minyak satu sudu je ye..bila bahan tumis tu dah garing sikit masuk kan sardin tu lepas tu, hancur2 kan dia.nak hancurkan awal2 sebelum masuk kan dalam kuali pun boleh..
masuk kan telur sebiii dan kacau cepat2 sampai dia kering dan hancur
bubuh garam.bubuh daun sup yang dah di hiris .dah siap ketepikan.

Sekarang buat doh pulak.
bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar majerin yang dah dicairkan
1/2 sudu kecil garam 
1 cawan air 

Cara-caranya
campur kan majerin yang dah dicairkan ke dalam tepung...
sebatikan jadi macam serbuk2 je..
lepas tu garam tu di masuk kan dalam aiir tadi 
Kacau2 dan tuang dalam tepung tu..
uli la bagi jadi doh.


Lepas tu ambik sikit tepung tu canai bentuk bulat.
ambik inti sardin letak tengah2 doh ,
kemudian kelim la bagi cantik..



Saya buat tak cantik..
tak pandai kelim.
bentuk pun kecik besar je.
tak pakai acuan sebab acuan karipap dah patah.
sebab tu dalam gambar tak tunjuk bahagian kelim tu
hahahahh..

Goreng dengan minyak yang banyak dan panas.
Guna api kecik je.

Yang penting rasanya sedap

/>

Post a Comment

0 Comments