PENYELESAIAN UNTUK MASALAH BIL ELEKTRIK MAHAL BILA GUNA AIRCOND

PENYELESAIAN UNTUK MASALAH BIL ELEKTRIK MAHAL BILA GUNA AIRCOND Penggunaan aircond didalam rumah tentu membuatkan bil elektrik akan bertambah. Apatah lagi jika menggunakan nya sepanjang hari .Ini pasti akan membebankan ketua rumah untuk membayar bil elektrik.


 

Bagi yang ingin menggunakan aircond tapi tak mahu bil melambung boleh lah cuba menggunakan air cooler. Tapi bukan semua air cooler mampu menyejuk kan bilik dan ruang didalam rumah kita. 

Baca perkongsian dari saudara Syed Hasan dalam perkongsian nya di facebook supaya anda juga dapat merasai suasana selesa dimusim panas tanpa membebankan bil elektrik anda.

SOLUTION BIL ELEKTRIK MAHAL.

Saya pakai ni dah 2 tahun. Ada 2 unit kat rumah, atas 1 dalam bilik & bawah 1 kat ruang tamu.

Kalau ruang tamu ni, pasang & direct ke arah sendiri je cukup untuk 3 beranak rasa dingin. Suhu maintain 27c - 28c. Kipas dia selalu set no 1 je. Dalam gambar ni tak bunyi bising langsung bagi saya, senyap je.





Kalau bilik, saya pasang awal 1jam bagi sejuk bilik dulu memandangkan sekarang musim panas.

Yang dalam gambar ni letak di ruang tamu, isi padu air dia 40Liter & angin dia 5000. Sedara mara datang pun tak panas. Buat BBQ luar rumah pun letak luar je bagi sejuk2 kat luar tu.

Yang di bilik atas tu isi padu air dia 50liter & andin dia 6000, bunyi bising sikit. Tp kami sekeluarga dah biasa, janji dapat tido dengan nyenyak. Kadang-kadang pukul 3 pagi dah bangun tutup & bukak kipas je sebab sejuk sangat. Bilik saya guna katil saiz queen, tapi double, kiranya ada 2 tilam & 2 katil bercantum.

Sy guna air cooler ni sebab alah dengan aircond, cepat selsema & batuk + kulit jadi kering & mengelupas kalau tido dalam aircond banyak hari.



Yang dalam gambar ni saya beli di lazada, rm730 tak silap & dalam bilik tu saya beli rm1100.

Point paling last sebab jimat eliktrik, rumah saya bil elektrik tak pernah lebih dari RM40 setiap bulan, kelengkapan asas rumah macam microwave, peti sejuk, mesin basuh semua ada.

Jangan beli yang dijual di shoping mall, tak cukup sejuk nanti.


Saya sertakan gambar bil sekali .

Sumber: Facebook Tukang Apa Hari Ini

Semoga bermanfaat semua...

Post a Comment

0 Comments