CARA-CARA MENGGORENG PEKASAM

CARA-CARA MENGGORENG PEKASAMAssalamualaikum...Masa mula2 kawen dulu bila tau suami suka makan pekasam mula la gelabah sebab memang tak tahu macam mana cara  nak goreng pekasam nih.

Lagi2 sebab memang dah tahu yang pekasam ni bau nya "tudia,,,!!".. hehehe
Yang kelako nye suami pun cuma pandai makan je,
goreng pekasam tak reti..
hahahahh...


Suami saya kata ini pekasam paling sedap la.
Beli kat pekan Beruas.. kedai depan pasar tu.
Pekasam ni memang dia letak dalam balang.
Bukan dia bungkus siap2 macam pekasam lain tu..
Orang nak beli dia seluk gitu je...heheh..

Saya dok bayangkan dah,mesti orang yang jual tu pasrah je bila nampak muka suami sayapi kedai dia.. Mesti hati gundah gulana nak menyeluk balang pekasam tu..hahahah,,

Cara goreng pekasam. Nak  menggoreng pekasam ni sebenarnya tak payah basuh beras2 yang biji2 kat ikan tu. Keluarkan je dari bekas dia dah boleh goreng..


Cara nak goreng dia cuma potong bawang besar atau bawang merah sikit..
lepas tu cili 2,3 biji..

Resepi ikan pekasam goreng. Goreng dulu ikan pekasam tu.
Kalau setakat makan sorang goreng setengah je..
sebab pekasam ni style makan nya sikit2 saja..
kalau sorang boleh makan sekor ikan tu sekali hadap je dia memang hantu pekasam la..hahahah


Bila ikan dah garing masuk kan la bawang besar dan cili padi
yang dah dipotong2 tu.

Macam suami saya dia tak suka digoreng dengan bawang merah..dia suka bawang besar  sebab bawang merah rasanya agak kuat..

Bila ikan dah garing sikit masuk kan lah bawang dan cili padi tadi..
bila bawang dah garing angkat je la..
sedia untuk di makan.

Catat Ulasan

0 Ulasan