REVIEW DAN SINOPSIS : GUNDALA

REVIEW DAN SINOPSIS : GUNDALA  | Siapa dah tengok filem Gundala ni boleh share juga komen korang ye. Ini adalah satu-satunya filem aksi dari seberang yang berjaya menawan hati saya. Selalunya kalau filem dari seberang ni yang saya suka cuma filem seram je. Filem cinta ke, aksi ke satu pun tak best. Tak boleh nak layan. Lagi2 kalau filem tu ada pak lawak. Terus hilang nafsu nak menonton.



Saya bagi rating yang tinggi juga untuk filem ni sebab bukan saja untuk jalan cerita tapi juga untuk pelakon-pelakon dia yang memang cap tangan la. Padahal saya ni bukan lah peminat Bront Palarae pun. Tapi bila dia dalam filem ni nampak kena sangat watak yang dia bawak tu.

Tambah pulak dia dengan parut melecur kat muka tu, nampak menyampah sangat perangai nya. Hahahah.

Hero filem ni, Abimana Aryasatya. Tertanya-tanya juga dia ni memang pandai apa2 seni pertahan kan diri ke?? Silat ke, taekwando ke?? Nampak best sangat aksi lawan-lawan tu. tak serabut mata memandang. Tak la macam filem aksi korea yang dia punya babak pertarungan tu nampak macam bergaduh laki bini. Hahah

Awal filem ni, di gambarkan keadaan masa Sancaka kecil. Agak sedih la jugak masa babak ayah dia mati kena tikam dan juga keadaan masa dia sorang-sorang tinggal dalam rumah. Hari-hari menanti kepulangan mak dia. Sampai demam-demam budak tu. Dia lapar dan kutip makanan kat tanah.. Aduh!!sedih sampai nak nangis rasa..

Kesedihan yang paling dalam dan menyayat hati ialah bila seorang anak kehilangan ibunya ..Itu adalah perkara paling sedih dalam hidup tau... Pandai pengarah filem ni masuk kan babak sedih dalam filem ni.

Walaupun ada yang kata filem ni tak best dan filem adiwira dari Malaysia lebih baik , saya sangkal dakwaan tu.HHahahah.. Bukan nak mengagungkan karya luar tapi saya tak berkenan dengan filem adiwira dari Malaysia yang asyik nak buat filem aksi guna pak lawak.

Filem Gundala filem yang tak guna kan pak lawak untuk tarik penonton datang ke panggung wayang. Tak menggunakan wanita cantik dan seksi dan tak ada babak panas diatas katil. Ianya filem aksi yang serius dan mendebarkan.

Kuasa adiwira Sancaka juga tak la jauh dari logik akal. Dia menggunakan kekuatan dan tak de kuasa yang melampau sangat kelentong nya.

Cuma apa yang mengecewakan ialah cerita ni belum ada penamatnya. Kalau Gundala 2 tu boleh siar 2 minggu selepas Gundala 1 release , tak pe la jugak..kan?? Ni satu kerja pulak nak kena tunggu keluar Gundala 2.



Gundala 1 ni tamat macam tu saja.Tak de kepuasan untuk penonton pun.Itu yang buat saya agak kecewa dengan filem ni.

Sinopsis filem Gundala

Bapa Sancaka dibunuh dalam satu rusuhan dan ibunya menghilang pada hari yang sama. Sejak itu Sancaka hidup menguruskan dirinya sendirian di jalanan. Dia bertemu dengan seorang sahabat yang mengajarnya seni mempertahan kan diri agar dirinya tidak dibuli.

Namun mereka terpisah. Bertahun kemudian Sancaka membesar dan bekerja di sebuah syarikat penerbitan. Dalam satu kejadian secara tiba-tiba dia terlibat dengan satu kumpulan samseng yang melakukan kekacauan disebuah pasar.

Sancaka mula menjadi harapan penjual-penjual di pasar apabila mereka sedar hanya Sancaka mampu mengatasi samseng2 tersebut. Waktu itu lah Sancaka sedar dia mempunya kuasa luar biasa yang mampu menewaskan lawan nya.

Kuasa luarbiasa Sancaka hadir ketika satu hari dia di pukul samseng dan petir menyambar tubuhnya, Sancaka tidak mengalami sebarang luka parah.



Kekuatan Sancaka mula menarik ramai pihak termasuk ahli politik dan juga Pengkor. Pengkor mempunya masa silam yang pahit dan suram. Ibu dan bapanya di bakar dan dia terselamat.Namun kejadian tersebut memberi kesan kepada dirinya, Bukan sahaja fizikal malah mental dan emosinya.

Dia mula merekrut anak-anak yatim untuk menjadi pengikutnya yang sejati dan tunduk kepada arahan nya. Dia menanam dalam diri setiap anak-anak itu bahawa dia seolah-olah pembela kepada ketidak adilan ahli politik.

Filem ni mungkin agak berat bagi sesiapa yang belum menontonya. Tapi sebenarnya ianya mudah difahami dan penceritaan nya tersusun cantik. korang cuma perlu duduk dan tonton

Catat Ulasan

0 Ulasan