REVIEW DAN SINOPSIS : THE GAME: TOWARDS ZERO

REVIEW DAN SINOPSIS : THE GAME: TOWARDS ZEROSejak Taec Yeon buat gigi ni makin ensem pulak..kan?? Hahahaah.. Lepas keluar dari  join military bulan 3 tahun lepas , lama juga dia menyepi . Ingatkan tak nak berlakon dah..  Tiba2 je terus kena sambar buat drama. Drama terakhir dia yang saya tonton ialah Bring it On, Ghost tak ingat tahun bila.



Sekali lagi Taec Yeon berlakon dalam drama genre fantasy dan thriller.  Drama The Game: Towards Zero ini mengisahkan tentang Kim Tae Pyeong (Taec Yeon) yang kaya , kacak , bijak  dan juga dia ada kebolehan melihat kematian seseorang melalui mata mereka.

REVIEW DAN SINOPSIS

Mungkin ianya satu kelebihan tapi bagi Tae Pyeong ianya satu kelemahan pada dirinya. Dia rasa dia tak normal dan susah nak menjalani kehidupan macam orang lain.

Ye la.. bayang kan kalau bila pandang orang je, nampak orang mati jatuh bangunan, mati lemas, kena bunuh dan sebagainya. Ianya amat mengerikan bagi Tae Pyeong. Tapi kekurangan itu digunakan Tae Pyeong untuk membantu orang lain.



Tapi dalam ramai-ramai manusia yang dia boleh lihat kematian tu, ada seorang perempuan yang dia memang tak boleh nampak kematian perempuan ni. Kalau sebelum ni dia akan mengelak pandang wajah orang , tapi bila dengan Seo Joon Young , dia akan pandang terus-terusan wajah Joon Young.

Bila tengok wajah Joon Young baru dia rasa  macam orang lain punya pandangan.

Seo Joon Young seorang pegawai polis yang pernah kematian ayah masa dia kecil. Ayahnya juga seorang polis dan mati ketika menyiasat kes pembunuhan bersiri 20 tahun lepas. Pelaku nya dah ditangkap dan merengkok dalam penjara.

Tapi selepas 20 tahun, tiba-tiba ada satu penculikan berlaku dan cara penculik tu culik perempuan, sama macam pembunuh bersiri tu buat 20 tahun lepas. Masa ni la Tae Pyeong dapat bantu Joon Young menyiasat sama2 kes penculikan dan pembunuhan tu.

Selama 20 tahun Joon Young pendam rasa marah dekat pembunuh yang dalam penjara tu, rupa-rupanya polis tangkap salah orang. Yang dalam penjara tu bukan pembunuh dan penculik sebenar. Tae Pyeong nampak sendiri dalam mata mangsa yang dia nampak kat gambar, cemana pembunuh tu membunuh dan bagaimana wajah sebenar pembunuh tu. Yang dalam penjara tu bukan pembunuh sebenar...

Setakat ni drama ni baru masuk episod 10. Satu hari, 2 episod ditayang kan. Setiap minggu saya memang tunggu je drama ni. Saya suka jalan cerita dia yang buat kita tak tunggu lama untuk tahu jalan cerita dia. Baru masuk episod 10, tapi kita dah boleh tahu siapa pembunuh sebenar dan kenapa dia membunuh.

Tak de la macam setengah drama yang dah masuk episod 11, 12 pun masih lagi kita ni dalam teka teki. Boring jugak la kalau lama2 dok biar penonton tertanya-tanya, belit sana sini semata2 nak panjang kan episod. Betul..tak?

Bila terlalu banyak sangat teka teki nak di simpan sampai hujung episod sudahnya , last2 nanti ending dia diorang buat sambil lewa je. Kita tengok pun geram dan kata " ala..macam tu je ending dia..?".. Sebab dah cukup 16 episod... tak kan nak tambah lagi episod nya kan..Diaorang pun dah buat kira2 untuk bajet pengambaran tu.

Jadi ini yang saya suka tentang drama The Game: Towards Zero ni. Dia punya teka teki tu tak lama untuk kita tunggu dapat kan jawapan.

Cerita ni kurang babak2 lucu.. Lucu dia pun setakat geli sikit2 je. Haha.. Kalau korang amati betul-betul drama ni sedih. Saya sendiri dah berapa kali tahan air mata tengok drama ni. Mengingatkan kita pada mati juga.



Setiap orang akan mati, kita dah elak kan pun tapi bila dah tertulis kita akan mati bila dan dimana, sekian-sekian, kita buat la macam mana pun kita tetap akan mati pada waktu yang dah Allah tetapkan.

Satu lagi moral dalam drama ni ialah jangan menganiaya orang lain yang tak bersalah. Orang tu mungkin ada mak bapa, ada anak, ada orang yang mereka sayang. Bila kita aniaya orang tu, fikirkan lah perasaan ahli keluarga mereka. Kalau keluarga diaorang memaafkan apa yang kita buat, kira ok la.. Tapi kalau ada yang sampai berdendam, macam mana??

Tak pasal-pasal orang yang tak bersalah akan jadi mangsa akibat kerakusan diri kita...

Drama: The Game: Towards Zero

Director: Jang Joon-Ho

Writer: Lee Ji-Hyo

Episodes: 32

Release Date: January 22 - March 12, 2020

Runtime: Wednesday & Thursdays

Language: Korean

Country: South Korea

genre: Fantasy, Thriller

Stars: Ok Taec‑yeon, Lee Yeon-hee, Lim Ju‑hwan, Jung Dong Hwan

Catat Ulasan

0 Ulasan