REVIEW DAN SINOPSIS : DOLITTLE

REVIEW DAN SINOPSIS : DOLITTLE  | Saya bukan orang yang suka tonton cerita yang ada haiwan2 ni.  Kalau suami tonton NetGeoWild pun saya tertido dan kadang2 main games. 

Mula-mula nak tonton filem Dolittle ni pun saya agak mesti saya tidur je nanti. Ini kerana saya tak pernah tonton filem Dolittle yang sebelum ni. Filem Dolittle ni diadaptasi dari buku The Voyages of Doctor Dolittle karya Hugh Lofting.



Kalau yang tahun 1998 lakonan Eddie Murphy, filem nya tentang Dr. Dolittle di zaman moden. Tapi Dolittle yang baru di tayangkan ni berlatar belakangkan abad ke 19.

Jangan kan filem, buku nya pun saya tak pernah  baca. Sebab tu jangkaan saya tentang filem ni ialah membosan kan.Hahahaah.. Poyo!! tengok pun belum dah berani kata membosan kan. Saya memang macam tu la.. Sebelum tonton apa2 filem pun, saya tak letak harapan tinggi sangat. 



Malas nak berharap..Takut dikecewakan. Eceh!!

Best sangat ke filem ni?Sesuai ke untuk orang dewasa macam saya ni tonton atau hanya ada lawak budak2 je?

Salah satu sebab kenapa saya nak tonton filem ni dah tentu lah kerana pelakon nya. Dah cemuih la tengok Avenggers kat Fox Movie, jadi nak la juga tengok Robert Downey Jr jadi John Dolittle  pula. Seperti yang korang biasa tengok lakonan nya tak menghampa kan walaupun ada yang mengkritik lakonan RDJ terutamanya cara dia menggunakan slang english yang susah nak faham.

Filem ini tak la kelakar tahap sampai kau boleh ketawa berguling-guling lagi2 kalau kau ni seorang dewasa berusia 40 tahun macam saya. Kalau kita rasa kelakar pun setakat ketawa kat kerongkong je dengan sedikit senyuman. Gituuuu!!Hahahah. Tapi untuk kanak-kanak insyaAllah, ianya kelakar.

Agak-agak macam mana ye diaorang boleh buat haiwan-haiwan tu beraksi  dalam filem ni? Diaorang guna haiwan betul ke?



Filem ni menggunakan CGI  yang nak kata cantik sangat pun tidak.. Kalau kita tengok haiwan2 tu tak nampak fake sangat la. Masih boleh di terima. Cuma Naga je yang nampak katon sikit.

Saya tak faham kenapa gorila dan beruang kutub  digambarkan sebagai haiwan yang penakut dan lembab dalam filem ni. Bukankah haiwan2 ni yang orang tahu ianya kuat dan ganas. Sebenarnya ada banyak benda yang tak berapa logik dalam filem ni.

Yang paling tak masuk akal, kenapa Permaisuri sakit tapi cari doktor haiwan?? Hahahah..Tak kan negara tu tak de doktor manusia.

Setakat nak tonton filem Dolittle ini untuk isi masa lapang anak-anak dihujung minggu boleh la.

Sinopsis Filem Dolittle (2020)


Sekian lama John Dolittle menghindar dari dunia luar dan menutup pintu untuk menerima tetamu akibat dari kehilangan isteri nya, tiba-tiba satu hari dia menerima tetamu dari istana yang meminta Dr Dolittle segera ke istana agar dapat merawat permaisuri yang sedang tenat.

Diancam akan kehilangan rumah yang menyimpan banyak kenangan dia akhirnya terpaksa akur dan mengadap permaisuri. Keadaan permaisuri yang tenat menyebabkan Dr Dolittle membuat keputusan untuk belayar bersama haiwan-haiwan dan pembantunya bagi mendapatkan buah Eden yang dipercayai mampu merawat penyakit permaisuri.

Berbagai peristiwa lucu dan aksi berlaku sepanjang pengembaraan Dr Dolittle bersama rakan-rakan nya. Perjalanan mencari Buah Eden menjadi lebih sukar apabila ada pihak yang ingin menggagalkan misi Dr Dolittle kerana mahu permaisuri mati.

Dapatkan Dr Dolittle menyelamatkan nyawa permaisuri? Tonton filem ini dan semoga terhibur,

Tajuk : Dolittle 

Director: Stephen Gaghan

Story:Thomas Shepherd (Based on Doctor Dolittle by Hugh Lofting)

Stars: Robert Downey Jr, Antonio Banderas, Michael Sheen, Emma Thompson, Rami Malek, John Cena, Kumail Nanjiani, Octavia Spencer, Tom Holland, Craig Robinson, Ralph Fiennes, Selena Gomez, Marion Cotillard.

Running time: 101 minutes

Country:United States

Language: English

Release date: January 23, 2020 

Rating dari saya: 4/10


Catat Ulasan

0 Ulasan