CARA MEMBUAT SALAD ALA THAI ( YUM) YANG MUDAH DAN SEDAP

CARA MEMBUAT SALAD ALA THAI ( YUM) YANG MUDAH DAN SEDAP :  | Banyak betul makanan Thai yang saya suka. Susah nak jumpa makanan Thai yang tak sedap. Kebanyakan makanan Thai ada rasa masam dan pedas. Sebab tu ramai yang suka. Rasa pedas dan masam buat selera kita terbuka. Salah satu makanan Thai yang sedap ialah Yum atau pun Salad Pedas Thai.  


foto: Thaitable.com


Saya tak pernah cuba membuat Yum tapi saya pernah makan Yum dan rasanya memang sedap. Sampai sekarang tertanya-tanya apa lah resepi membuat yum ni. Bila ada yang sudi berkongsi tips dan resepi membuat Yum atau Salad Pedas Thai ni, terus la saya catit dan simpan dalam blog ni.

Mungkin Boleh jadikan rujukan juga untuk pembaca lain yang nak mencuba membuat Yum.

Yum atau Salad Pedas Thai agak mudah dibuat namun nak mendapatkan rasa yang sempurna tu memang susah. Rasa Yum lebih kepada rasa Tom Yam. Tapi bezanya cuma Yum tidak berkuah.

Bahan Utama yang melengkapkan rasa Yum ialah perahan limau. Tapi yang membuatkan Yum ini memerlukan kemahiran ialah sukatan bahan yang sempurna dan tepat. Agak susah nak dapatkan rasa Yum yang sedap. Tapi korang boleh cuba buat selalu dan lama-lama nanti mesti akan dapat rasa yum yang tepat

Foto: thefairtradestore


Bahan-bahan membuat Yum sangat mudah. Sukatan bahan nya juga bergantung kepada citarasa kita dan kita kena la pandai-pandai mengimbangkan rasa Yum ni.

Perahan Limau

sebiji bawang besar

Gula

Cili padi/ cili Thai

Ketumbar

bawang besar

Ayam / daging atau udang

garam

sos ikan

Cara membuat Yum

Hiris semua bahan dan masuk kan daging atau ayam yang sudah direbus. Kalau nak guna udang dan sotong pastikan udang dan sotong dicelur.

sempurnakan Yum dengan sedikit garam dan sos ikan. siap untuk dihidangkan.

Foto: weheartfood.com


Sebenarnya ada banyak versi Yum yang sedap cuma bahan yang wajib ada ialah perahan limau nipis, bawang besar, cili dan daun ketumbar. Daun ketumbar ni kena guna banyak. Kalau untuk satu hidangan , kena guna segenggam ketumbar.

Ada yang suka letak kan kacang tanah yang dah di tumbuk, ada jugak yang gantikan daun ketumbar dengan daun pudina. Dia ada macam-macam versi. Ada juga Yum yang menggunakan belangkas.

So, bila korang nak try buat Yum? :)

/>

Post a Comment

0 Comments