RESEPI NUGGET AYAM TEMPURA HOMEMADE PALING SENANG DAN SEDAP

RESEPI NUGGET AYAM TEMPURA HOMEMADE PALING SENANG DAN SEDAP | Hi semua.. Mikhail demam pulak malam ni. Apa pun tak nak makan. pagi tadi sebelum pi sekolah makan roti pun tak habis. Selalunya makan habis je. Tak sangka pulak tu petanda dia nak demam. Balik sekolah ayahnya kata macam nak demam je budak ni.



Tengok muka dia pun nampak lemah dan bibir nampak merah. Selalunya kalau sampai rumah je mulut tu asyik bercakap cerita macam-macam. hari ni tak de cerita apa pun.

Dah jam 4 petang dia kata tak larat. Sekali check dahi punya la panas.Terus tampal cool fever lepas tu bagi makan ubat demam. Tertidur la kejap. Bila bangun dia kata perut lapar. Terus la saya ke dapur nak buat nuget.

Nuget home made ni saya goreng guna tepung goreng ayam yang beli kat kedai tu. Ada rasa pedas2 rempah tu. Memang sedap la. Jom saya tunjuk kan resepi buat Nuget Tempura Home made yang sangat senang dan sedap

Bahan-bahan :

1 mangkuk isi ayam.

1 biji bawang besar

1 tangkai daun sup

3 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar tepung pulut

1 sudu baking powder

1 cawan air.

sedikit garam

Boleh je kalau korang nak letak sedikit kuib ayam. Tapi saya tak letak 

Tepung goreng ayam

sedikit air.

minyak untuk menggoreng



Cara-Caranya:

1- Panaskan pengukus

2- Kecuali minyak, Masuk kan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sampai hancur dan sebati.

3- Tuang ke dalam loyang yang dilapik dengan plastik. Sebab nanti senang kita nak keluarkan dia lepas masak.

4- Bila pengukus dah panas, Kukus adunan tadi selama 15-30 minit.

5- Bila dah masak sejuk kan.

6- kemudian keluarkan dan potong petak ikut saiz yang korang suka.

7- Panaskan minyak dalam kuali.

8- celup nuget ke dalam tepung ayam yang dah dimasuk kan sedikit air. Jangan cair sangat. Pekat lagi sedap.

9- kemudian goreng sampai garing dan keperangan. Boleh la diangkat dan dihidangkan dengan sos.

selamat mencuba..

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan